Monday 17 July 2017

Skuad Dakwah Berfokus Ke Wad Bersalin


Seramai 10 orang pelajar dan 5 orang guru telah ke Hospital Kepala Batas untuk mengedarkan risalah "7 Sunnah Menyambut Kelahiran Bayi". Aktiviti ini dijalankan secara berkala dengan tajuk yang khusus.




Thursday 13 July 2017

Skuad Dakwah Berfokus


Seramai 10 orang pelajar dan 5 orang guru telah ke Hospital Kepala Batas untuk mengedarkan risalah "Panduan Solat Pesakit". Aktiviti ini dijalankan secara berkala dengan tajuk yang khusus. 




Program ini adalah penting bagi menerapkan nilai rabbani dalam terus mendidik dan mengajak masyarakat ke arah cara hidup Islam yang sebenar di samping mengasah sifat kepimpinan dalam diri mereka. Justeru, diharapkan program ini berupaya menjadi pemangkin kepada usaha pihak sekolah dalam usaha melahirkan generasi berkepimpinan al-Fateh.

Monday 10 July 2017

Pertandingan Surau Imarah 2017

Pihak surau telah menerima kunjungan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara pada 10 Julai 2016 (Isnin) bagi membuat penilaian sempena Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah - Sekolah 2017.






Monday 5 June 2017

Kelebihan Bersedekah





Sedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yang kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:


 “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.
 (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)


Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pada harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta yang sedikit seolah-olah dirasakan banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang banyak dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang banyak dan melimpah ruah. Hayatilah sabda nabi s.a.w yang bermaksud:

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah…”
(Hadis Riwayat Muslim)